Terkini! Batu Karang / Buah Pinggang (Simptom). 3 Jenis Batu?
- Terkini! Batu Karang / Buah Pinggang (Simptom). 3 Jenis Batu?
- Pengenalan
- Simptom (Gejala / Tanda / Tanda-tanda) Batu Karang
- Jangkitan Ureter dan Buah Pinggang Tersumbat
- Punca Batu Karang
- Batu Karang Berulang
- Punca Ubat
- Jenis-jenis Batu Karang
- Diagnosis Batu Karang
- Ujian Pengimejan
- Merawat Batu Karang
- Suntikan
- Penjagaan Diri
- Kemasukan ke Hospital
- Merawat Batu Karang Besar
- Merawat Batu Asid Urik
- Komplikasi Rawatan
- Mencegah Batu Karang
- Diet
- Penggunaan Ubat
Pengenalan
Batu karang boleh berkembang dalam satu atau kedua-dua buah pinggang dan paling kerap menyerang individu berumur 30 hingga 60 tahun.
Secara purata, batu karang dihidapi oleh kira-kira tiga daripada 20 lelaki dan dua daripada 20 wanita dengan pelbagai peringkat umur. Istilah perubatan untuk batu karang ialah nephrolithiasis, dan jika ia menyebabkan sakit yang teruk ia dikenali sebagai kolik buah pinggang.
Simptom (Gejala / Tanda / Tanda-tanda) Batu Karang
Kebiasaannya batu karang bersaiz kecil tidak dapat dikesan atau terasa sakit sewaktu air kencing keluar kerana kewujudannya tidak menghalang aliran air kencing keluar semasa sistem pembuangan air kencing berfungsi dan melalui organ-organ lain seperti berikut:
1. Ureter – tiub yang menghubungkan buah pinggang dengan pundi kencing
2. Uretra – tiub di mana air kencing akan lalui dalam proses mengalir keluar dari badan
Walaubagaimanapun, apabila saiz batu karang menjadi agak besar sekatan akan berlaku dan sakit yang teruk akan mula dirasai di kawasan perut atau pangkal paha dan kadangkala kadaan ini boleh menyebabkan berlakunya jangkitan saluran kencing atau Urinary Tract Infection (UTI).
Antara simptom (gejala / tanda / tanda-tanda) batu karang yang kerap berlaku adalah seperti berikut:
1. Sakit yang berterusan di bahagian bawah belakang tubuh, yang kadangkala turut dirasai di pangkal paha – bagi individu lelaki mereka mungkin akan mengalami juga kesakitan pada buah zakar dan skrotum mereka.
2. Tempoh kesakitan yang teruk di bahagian belakang tubuh atau sisi perut, atau kadang-kala di pangkal paha ini mungkin berlanjutan selama hampir beberapa minit atau jam.
3. Berasa resah dan tidak boleh berbaring dalam keadaan diam kerana sentiasa tidak berasa selesa.
4. Loya (diikuti dengan rasa sakit).
5. Perlu membuang air kecil lebih kerap daripada biasa.
6. Sakit apabila anda membuang air kecil (dysuria). 7. Darah dalam air kencing anda (haematuria) – Situasi ini mungkin disebabkan oleh batu karang yang mengguris dinding bahagian dalam buah pinggang atau ureter.
Jangkitan Ureter dan Buah Pinggang Tersumbat
Batu karang yang menyekat ureter boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang. Ini kerana bahan buangan tidak dapat melepasi penyumbatan, yang boleh menyebabkan pengumpulan bakteria.
Disamping simptom jangkitan buah pinggang yang menyerupai batu karang, keadaan-keadaan berikut juga mungkin akan berlaku:
1. Suhu tinggi (demam) sehingga 38oC (100.4F) atau lebih.
2. Sejuk dan menggigil.
3. Sangat lemah atau letih.
4. Cirit-birit. 5. Air kencing keruh dan berbau busuk.
Punca Batu Karang
1. Batu karang biasanya terbentuk berikutan pengumpulan bahan kimia tertentu dalam badan.
Unsur kepada pembentukan ini mungkin antara salah satunya adalah daripada yang berikut:
a. Kalsium.
b. Ammonia.
c. Asid urik – bahan buangan yang dihasilkan apabila tubuh memecah makanan untuk digunakan sebagai tenaga.
d. Sistein – asid amino yang membantu membina protein.
2. Keadaan perubatan tertentu juga boleh menaikkan paras bahan ini kepada tahap yang luar biasa tingginya dalam kandungan air kencing anda. 3. Anda juga berkemungkinan besar mendapat batu karang jika anda tidak minum air kosong yang mencukupi.
Batu Karang Berulang
Sesetengah individu berkemungkinan besar akan terus menghasilkan batu karang, perra-perkara berikut:
1. Hanya memakan makanan yang berprotein tinggi dan rendah serat.
2. Tidak aktif dan kerap menghabiskan masa dengan tidur.
3. Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap batu karang.
4. Pernah mengalami beberapa jangkitan buah pinggang atau kencing.
5. Pernah menghidap batu karang sebelum ini, terutamanya jika sebelum anda berumur 25 tahun.
6. Hanya mempunyai satu buah pinggang yang berfungsi sepenuhnya. 7. pernah menjalani pintasan usus (pembedahan pada sistem pencernaan anda), atau keadaan yang menjejaskan usus kecil, seperti penyakit Crohn.
Punca Ubat
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa ubat-ubatan tertentu boleh meningkatkan risiko anda mengalami batu karang berulang. Ini termasuklah:
1. Aspirin.
2. Antacid.
3. Diuretik (digunakan untuk mengurangkan pengumpulan cecair).
4. Antibiotik tertentu.
5. Ubat antiretroviral tertentu (digunakan untuk merawat HIV). 6. Ubat anti-epilepsi tertentu.
Jenis-jenis Batu Karang
Batu karang boleh terbentuk diatas beberapa sebab. Antara empat punca utama seperti yang disenaraikan di bawah:
1. Batu Kalsium
Batu kalsium adalah jenis batu karang yang paling biasa dilaporkan dan terbentuk jika terdapat terlalu banyak kalsium dalam air kencing, yang boleh disebabkan oleh:
a. Keadaan yang diwarisi dipanggil hiperkalkuria, yang membawa kepada sejumlah besar kalsium dalam air kencing
b. Kelenjar paratiroid yang terlalu aktif (kelenjar paratiroid membantu mengawal jumlah kalsium dalam badan anda)
c. Penyakit buah pinggang
d. Keadaan jarang dipanggil sarcoidosis
e. Beberapa kanser
Batu kalsium biasanya sama ada besar dan licin atau berduri dan kasar.
2. Batu Struvite
Batu struvite selalunya disebabkan oleh jangkitan, dan ia biasanya berlaku apabila jangkitan saluran kencing berlarutan terlalu lama.
Batu struvite lebih biasa berlaku kepada individu wanita berbanding lelaki.
3. Batu Asid Urik
Batu asid urik boleh terbentuk jika terdapat sejumlah besar asid dalam air kencing anda. Pembentukkan ini mungkin disebabkan oleh:
a. Makan diet tinggi protein yang merangkumi banyak daging
b. Keadaan seperti gout yang menghalang tubuh memecah bahan kimia tertentu
c. Keadaan yang diwarisi yang menyebabkan tahap asid dalam badan lebih tinggi daripada biasa
d. Kemoterapi
4. Batu Sistin
Batu sistin adalah jenis batu ginjal yang paling jarang berlaku. Ia disebabkan oleh keadaan yang diwarisi dipanggil cystinuria, yang menjejaskan jumlah asid yang disalurkan dalam air kencing anda.
Diagnosis Batu Karang
Kebiasaannya doktor yang merawat anda akan dapat mendiagnosis batu karang daripada simptom dan sejarah perubatan anda.
Ia akan menjadi sangat mudah jika anda pernah menghidap batu karang sebelum ini.
Anda mungkin akan diberikan ujian, termasuk:
1. Ujian air kencing untuk memeriksa jangkitan dan kepingan batu
2. Pemeriksaan sebarang batu yang anda keluarkan dalam air kencing anda 3. Ujian darah untuk memeriksa sama ada buah pinggang anda berfungsi dengan baik, dan juga untuk memeriksa tahap bahan yang boleh menyebabkan batu karang, seperti kalsium.
Anda boleh mengumpulkan batu karang dengan membuang air kecil melalui kain kasa atau stoking.
Mempunyai batu karang untuk dianalisis akan menjadikan diagnosis lebih mudah, dan boleh membantu doktor yang merawat anda dalam menentukan kaedah rawatan yang paling mujarab.
Jika anda mengalami kesakitan teruk yang tidak dikawal oleh ubat penahan sakit, atau jika anda mempunyai suhu yang tinggi serta sakit, anda mungkin akan dirujuk kepada pakar urologi (pakar dalam merawat masalah berkaitan buah pinggang dan air kencing).
Ujian Pengimejan
Jika anda dirujuk ke hospital untuk ujian pengimejan, beberapa teknik berbeza akan digunakan. Ujian pengimejan boleh membantu mengesahkan diagnosis, atau mengenal pasti dengan tepat di mana batu karang berada.
Ujian ini termasuk:
1. Imbasan Tomografi Berkomputer atau Computerised Tomography (CT) Scan – Di mana satu siri X-ray yang diambil pada setiap sudut berbeza dan kemudian imej akan disatukan dengan menggunakan komputer.
2. X-ray – Teknik pengimejan yang menggunakan sinaran bertenaga tinggi untuk menyerlahkan keabnormalan pada tisu badan.
3. Imbasan Ultrasound – Menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi untuk mencipta imej bahagian dalam badan.
4. Intravenous Urogram (IVU) atau Intravenous Pyelogram (IVP) – pewarna yang muncul pada X-ray yang telah disuntik ke dalam urat di lengan individu; imej X-ray menyerlahkan sebarang kawasan yang tersumbat semasa buah pinggang menapis pewarna yang berada dalam darah sewaktu proses kepada penghasilan air kencing berlaku. Kini, imbasan CT sering digunakan kerana keputusan yang dilaporkan adalah lebih tepat (IVU sebelum ini merupakan kaedah pengimejan pilihan utama).
Teknik pengimejan yang anda miliki juga bergantung kepada peralatan yang tersedia di hospital awam tempatan.
Merawat Batu Karang
Kebanyakan batu karang adalah cukup kecil (kurang daripada 4mm diameter) untuk dikeluarkan dalam air kencing anda dan mungkin boleh dirawat di rumah. Namun begitu, walaupun batu karang bersaiz kecil seperti ini masih boleh menyebabkan individu itu mengalami kesakitan.
Lebih kritikal, kesakitan ini berlarutan sehingga kepada beberapa hari dan yang akan hilang setelah batu karang tersebut keluar dari badan.
Suntikan
Sekiranya individu mengalami kesakitan yang ketara, suntikan boleh diberikan bagi melegakan keadaan. Manakala untuk dos kedua pula, hanya dibenarkan setelah setengah jam daripada suntikan pertama tadi dan jika kesakitan masih dirasai.
Ubat juga boleh disuntik untuk merawat gejala loya (diikuti dengan rasa sakit) dan muntah. Ini dipanggil ubat anti-emetik (anti-penyakit). Individu juga mungkin diberi preskripsi untuk ubat penahan sakit, antiemetik, atau kedua-duanya, bagi dibawa pulang ke rumah.
Penjagaan Diri
1. Individu akan dinasihatkan untuk menunggu sehingga batu karang dilepaskan semasa ke tandas, dan cuba mengumpulkannya daripada air kencing. Individu boleh melakukan ini dengan menapis air kencing melalui kain kasa atau stoking.
2. Batu-batu yang keluar itu kemudian perlu diberikan kepada doktor yang merawat anda supaya boleh dianalisis untuk membantu menentukan sebarang rawatan lanjut yang mungkin diperlukan.
3. Harus minum air yang mencukupi untuk menjadikan air kencing tidak berwarna. Jika air kencing berwarna kuning atau coklat, ini bermakna jumlah air kosong yang diminum bagi memenuhi keperluan badan adalah tidak mencukupi.
Kemasukan ke Hospital
Jika batu karang telah berpindah ke dalam ureter (tiub yang membawa bahan buangan dari buah pinggang ke pundi kencing), ia akan menyebabkan kesakitan yang sungguh teruk, di mana doktor yang merawat anda mungkin perlu memasukkan individu itu ke hospital bagi rawatan selanjutnya.
Ini mungkin berlaku jika:
1. Menghadapi risiko yang tinggi untuk buah pinggang terus gagal berfungsi (contohnya, kerana anda hanya mempunyai satu buah pinggang).
2. Simptom tidak bertambah baik dalam masa sejam selepas ubat penahan sakit atau ubat anti-penyakit diberikan.
3. Mengalami dehidrasi dan muntah terlalu banyak.
4. Kehamilan.
5. Berumur lebih daripada 60 tahun.
Merawat Batu Karang Besar
Jika batu karang terlalu besar untuk dikeluarkan secara semula jadi, iaitu saiz diameter yang berukuran antara 6-7mm (kira-kira 0.23 hingga 0.27in) atau lebih besar, rawatan untuk membuangnya dengan cara lain mungkin diperlukan. Antaranya adalah:
1. Extracorporeal Shock Wave Lithotripsy (ESWL)
2. Ureteroskopi.
3. Percutaneous Nephrolithotomy (PCNL).
4. Pembedahan Terbuka.
Prosedur-prosedur ini diterangkan dengan lebih terperinci di bawah. Jenis rawatan adalah bergantung pada saiz dan lokasi batu anda.
1. Extracorporeal Shock Wave Lithotripsy (ESWL)
ESWL boleh menjadi satu bentuk rawatan yang tidak selesa, jadi ia biasanya dilakukan selepas memberi ubat penahan sakit.
ESWL adalah cara yang paling biasa untuk merawat batu karang yang tidak boleh dikeluarkan daripada badan dengan melalui air kencing.
Ia melibatkan penggunaan ultrasound (gelombang bunyi berfrekuensi tinggi) untuk menentukan di mana batu karang berada. Gelombang kejutan ultrasound kemudiannya dihantar ke batu dari mesin untuk memecahkannya kepada butiran yang bersaiz lebih kecil, supaya ia boleh disalurkan dalam air kencing anda.
Seseorang individu mungkin memerlukan lebih daripada satu sesi ESWL untuk berjaya merawat batu karang tersebut. Keberkesanan rawatan ESWL adalah sehingga 99% untuk batu karang bersaiz diameter sehingga 20mm (0.8in).
2. Ureteroscopy
Jika batu karang tersangkut di dalam ureter, anda mungkin perlu menjalani ureteroscopy, yang juga kadangkala dikenali sebagai Retrograde Intrarenal Surgery (RIRS).
Ia melibatkan teleskop panjang dan nipis dipanggil ureteroscope yang dimasukkan melalui uretra (tiub untuk mengalirkan air kencing keluar) ke dalam pundi kencing. Ia kemudian disalurkan ke dalam ureter iaitu tempat batu itu tersangkut.
Pakar bedah mungkin samada cuba mengeluarkan batu karang secara perlahan menggunakan alat lain, atau mereka mungkin menggunakan laser untuk memecahkannya butiran kecil supaya ia boleh disalurkan secara semula jadi dalam air kencing.
Ureteroscopy dijalankan di bawah anaesthetic am (di mana anda tidak sedarkan diri), jadi individu itu tidak boleh memandu atau mengendalikan sebarang peralatan sehingga setelah 48 jam selepas prosidur.
Untuk batu sehingga 15mm (0.6in), keberkesanan ureteroscopy adala dalam julat 50-80% kes.
Tiub plastik yang dipanggil stent mungkin perlu dimasukkan sementara di dalam badan untuk membolehkan serpihan batu mengalir ke dalam pundi kencing.
3. Percutaneous Nephrolithotomy (PCNL)
PCNL adalah prosedur alternatif yang boleh digunakan untuk batu yang lebih besar. Ia juga boleh digunakan jika ESWL tidak sesuai – contohnya, kerana individu yang dirawat dalam pada masa yang sama juga mengalami obesity.
PCNL melibatkan penggunaan alat teleskopik nipis yang dipanggil nefroscope. Satu hirisan kecil dibuat di belakang anda dan nefroscope disalurkan melaluinya dan ke dalam buah pinggang anda. Batu itu sama ada ditarik keluar atau dipecahkan kepada kepingan yang lebih kecil menggunakan tenaga laser atau pneumatik.
PCNL turut dijalankan di bawah anaesthetic am (di mana anda tidak sedarkan diri), jadi individu itu tidak boleh memandu atau mengendalikan sebarang peralatan sehingga setelah 48 jam selepas prosidur.
Keberkesanan PCNL adalah 86% untuk batu yang berdiameter 21-30mm (0.8-1.2in).
4. Pembedahan Terbuka
Pada masa kini, pembedahan terbuka untuk batu karang jarang berlaku (kurang daripada 1% kes memerlukan pembedahan jenis ini). Ia hanya biasanya digunakan jika terdapat batu yang sangat besar atau anatomi yang tidak normal.
Semasa pembedahan terbuka, hirisan akan dibuat daripada bahagian belakang anda supaya pakar bedah anda dapat mengakses ureter dan buah pinggang anda bagi mengeluarkan batu karang dengan cara ini.
Merawat Batu Asid Urik
Jika anda mempunyai batu asid urik, anda mungkin dinasihatkan untuk minum sekitar tiga liter (lebih daripada lima pain) air kosong setiap hari bagi tujuan melarutkannya.
Batu asid urik jauh lebih lembut daripada batu karang jenis lain, dan ia boleh menjadi lebih kecil jika ia terdedah kepada cecair beralkali.
Anda mungkin perlu mengambil beberapa ubat untuk menjadikan air kencing anda lebih beralkali sebelum batu asid urik mula larut.
Komplikasi Rawatan
Komplikasi boleh berlaku selepas rawatan batu karang besar. Pakar bedah harus menjelaskan perkara ini sebelum prosidur dijalankan.
Komplikasi yang mungkin akan bergantung kepada jenis rawatan yang diperlukan berdasarkan saiz dan kedudukan batu karang. Komplikasi merangkumi:
1. Sepsis – jangkitan yang merebak melalui darah, menyebabkan gejala ke seluruh badan.
2. Ureter tersumbat – disebabkan oleh serpihan batu; ureter ialah tiub yang melekatkan buah pinggang pada pundi kencing.
3. Kecederaan pada ureter.
4. Jangkitan saluran kencing.
5. Pendarahan semasa pembedahan.
6. Pesakitan.
Dianggarkan 5-9% individu mengalami komplikasi selepas menjalani rawatan ureteroscopy.
Mencegah Batu Karang
1. Cara terbaik untuk mencegah batu karang adalah dengan memastikan anda minum banyak air kosong setiap hari untuk mengelakkan dehidrasi.
2. Mengekalkan air kencing anda dicairkan membantu menghentikan bahan buangan menjadi terlalu pekat dan membentuk batu.
3. Anda boleh mengetahui betapa cairnya air kencing anda dengan melihat warnanya. Lebih gelap air kencing anda, maksudnya lebih pekat.
4. Air kencing anda biasanya berwarna kuning gelap pada waktu pagi kerana ia mengandungi timbunan bahan buangan yang dihasilkan oleh badan anda semalaman.
5. Minuman seperti teh, kopi dan jus buah boleh dikira dalam pengambilan cecair anda, tetapi air kosong adalah pilihan yang paling sihat dan terbaik untuk mencegah batu karang daripada terbentuk atau berkembang.
6. Anda juga harus memastikan anda minum lebih banyak semasa panas atau semasa anda bersenam, untuk menambah cecair yang hilang melalui peluh.
Diet
1. Mengurangkan Oxaletes.
Jika batu karang anda disebabkan oleh terlalu banyak kalsium, anda mungkin dinasihatkan untuk mengurangkan jumlah oxalates dalam diet anda.
Oxalates menghalang kalsium diserap oleh badan anda, dan boleh terkumpul di dalam buah pinggang anda untuk membentuk batu.
Makanan yang mengandungi oxalates termasuk:
a. Ubi Bit
b. Asparagus
c. Rhubarb
d. Coklat
e. Beri
f. Daun Bawang
g. Pasri
h. Saderi
i. Badam, Kacang Tanah & Kacang Gajus
j. Produk Soya
k. Bijirin, seperti Oat, Gandum & Gandum Penuh
Jangan kurangkan jumlah kalsium dalam diet anda melainkan doktor yang merawat anda menasihati anda. Ini kerana kalsium sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi.
2. Mengurangkan Protien
2. Untuk mengelakkan pembentukan batu asid urik, anda harus mengurangkan jumlah daging, ayam dan ikan dalam diet anda. Anda juga mungkin diberi ubat untuk menukar tahap asid atau alkali dalam air kencing anda.
Penggunaan Ubat
Jika anda mempunyai batu karang, ubat biasanya akan diberikan untuk melegakan kesakitan atau bagi mencegah jangkitan semakin merebak.
Walau bagaimanapun, sesetengah ubat mungkin perlu disahkan oleh doktor yang merawat anda jika ia dianggap boleh menyebabkan batu karang terbentuk.
Jenis ubat yang ditetapkan oleh doktor yang merawat anda bergantung kepada jenis batu karang yang anda miliki.
Sebagai contoh, jika anda mempunyai:
1. Batu Kalsium
Anda mungkin diberi ubat diuretik jika ia disebabkan oleh hiperkalkuria (keadaan yang diwarisi).
2. Batu Struvite
Anda mungkin diberi antibiotik untuk membantu mencegah jangkitan saluran kencing atau jangkitan buah pinggang, yang merupakan punca utama batu struvite.
3. Batu Asid Urik
Anda mungkin diberi allopurinol (ubat yang digunakan untuk menurunkan paras asid urik) dan ubat untuk membantu mengalkalikan air kencing anda. • Batu Sistin – Anda mungkin diberi ubat untuk menurunkan paras sistin dalam air kencing anda.