Apa Itu Risiko

Pengenalan

Risiko adalah keadaan ketidakpastian yang hasilnya berpotensi menjurus kepada kerugian atau tidak menguntungkan.

Definisi

Merujuk kepada ISO 31000 (2009) / Panduan ISO 73:2002 risiko didefinisikan sebagai ‘kesan ketidakpastian terhadap objektif’.

Definisi ketidakpastian adalah “tiadanya kepastian mutlak disebabkan adanya pelbagai kemungkinan di mana hasil “sebenar”, keadaan, hasil, atau nilai tidak dapat diketahui.” Secara amnya, ketidakpastian boleh dikaitkan dengan penerangan seperti berikut:

  1. Ramalan peristiwa masa depan.
  2. Nisbah ketidaktepatan dalam pengukuran fizikal yang dilaksanakan, atau
  3. Perkara yang tidak diketahui berpunca daripada pemahaman yang tidak mencukupi atau kurangnya maklumat yang boleh diakses.

Dalam Takaful, istilah “risiko” merujuk kepada kebarangkalian peristiwa yang berlaku dan keterukan kesan negatifnya, termasuk kemungkinan kerugian kewangan. Kerugian kewangan adalah kejatuhan atau penghapusan nilai akibat keadaan yang dingini.

Konsep

Oleh kerana objektif adalah untuk mewujudkan hubungan antara perkataan risiko dan Takaful, tumpuan adalah kepada perkataan kepada risiko yang melibatkan kemungkinan kerugian kewangan. Kerugian kewangan adalah kejatuhan atau penghapusan nilai akibat keadaan .

Di dalam mengukur risiko, ada dua (2) perkara atau punca yang perlu diambilkira:

  1. Kemungkinan risiko berlaku semula (frekuensi kerugian); dan
  2. Implikasi akibat daripda kejadian (tahap severiti kerugian).

Secara amnya, frekensi adalah tinggi untuk nisbah insiden yang rendah dan kekerapan adalah rendah kepada nisbah insiden yang tinggi.

Kategori Risiko

Risiko dapat digolongkan kepada beberapa kumpulan yang berbeza. Kumpulan yang paling utama adalah seperti yang berikut:

  1. Risiko Tulen dibandingkan dengan Risiko Spekulatif.
  2. Risiko Asas dibandingkan dengan Risiko Khusus

Scroll to Top