Sejarah Insurans Hayat
Pengenalan
Insurans telah wujud sejak daripada beberapa generasi lagi. Sesetengah ahli sejarah menyatakan tarikh asal insurans adalah seawal 215 SM, apabila kerajaan Rom terpaksa menanggung logistik ketenteraan yang merangkumi semua risiko berkaitan dengan serangan musuh, ribut, dan bencana alam lain bagi bekalan yang dibawa ke atas kapal mereka (Omar Fisher, 2009).
Sejarah Kontrak Hayat
Rekod pertama kontrak insurans bermula pada kira-kira 2,800 BCE, apabila keperluan insurans termaktub di dalam kod undang-undang Babilon. Pada asasnya, konsep insurans ini diwujudkan untuk melindungi pedagang dan peniaga daripada risiko sewaktu berada di lautan. Insurans ini bertujuan melindungi kargo dan bekalan yang dibawa oleh kapal dan juga merangkumi kehilangan nyawa pegawai dan kelasi.
Di Waktu 1500
Merujuk daripada data, praktis sedemikian juga adalah lazim di kalangan orang Cina, Yunani, dan Eropah, . Contoh terawal insurans hayat berlaku di England pada tahun 1583, apabila kontrak jangkaan situasi diwujudkan juga untuk hayat William Gybbon.
Di Waktu 1600
Pembangunan jadual kemortalan pada tahun 1693 oleh Edmund Halley merupakan peristiwa penting dalam dunia insurans hayat. Walau bagaimanapun, tidak sampai kira-kira satu abad kemudian kadar kemortalan telah boleh diramalkan dengan agak tepat.
Di Waktu 1800 & 1900
Kemunculan insurans di Malaysia bermula pada abad ke-18 dan ke-19, apabila syarikat insurans British diwakili oleh firma perdagangan dan agensi.
Setelah mencapai kemerdekaan, usaha telah dibuat untuk menubuhkan perniagaan insurans domestik. Pada awal 1960-an, banyak firma insurans hayat dan am berkembang. Sesetengah syarikat ini beroperasi dengan dasar pengunderaitan yang salah.
Terkini
Kerajaan akhirnya campur tangan dan Akta Insurans 1963 telah digubal. Menurut Akta ini, pengurusan kesemua perkara berkaitan insurans adalah di bawah kelolaan Ketua Pengarah Insurans, Kementerian Kewangan Malaysia yang bertanggungjawab untuk memantau kelakuan dan penyeliaan umum industri insurans. Kerajaan baru sahaja menggubal Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 bagi menggantikan undang-undang terdahulu.
Hi, this is a comment.
To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
Commenter avatars come from Gravatar.